HUMAIRA DEMAM LAGI

Humaira demam lagi. Siang tadi elok je. Time nak maghrib badan Humaira mula panas. Muka pun merah sebab panas sangat.

Mama sukat suhu. 40degree. Ambil ubat demam. Nak habis dah. So kena pergi klinik ambil ubat. Mama siap packing kain baju. Standby kot kena check in hospital malam ni. Dah biasa kan jadi macam ni.

Plan asal nak walk in pergi hospital. Tapi bila mengenangkan kena menunggu 4 jam. Maka tukar plan pergi klinik dulu. Dapatkan refferal letter.

Alih alih bila sampai klinik doktor cakap Humaira tak demam pun. Dada pun clear. Takde bunyi wheezing. Alhamdulillah.

Tapi doktor sempat cakap, 'Bila saya tengok je Humaira masuk bilik saya. Saya tahu Humaira ni special. Lain dari yang lain. Bila ibubapa explain tentang Humaira. Saya terus faham kenapa saya terdetik begitu.'

Mama senyum je bila doktor respon macam tu. Tak pelik pun. Humaira memang special. Tu baru doktor tengok muka Humaira. Belum dia tengok parut Mercedez di dada Humaira lagi.

Pernah juga doktor panggil Humaira 'The Mercedez Kid'. Parut di dada Humaira sama dengan lambang segi tiga Mercedez. Cuma takde circle je.

Mama tahu. Suatu hari nanti pasti Humaira akan tanya mama. Kenapa ada tanda di dada Humaira.

Dan mama pasti akan cakap. Itu parut seorang pejuang, Humaira. Parut yang menjadi bukti bahawa Humaira sangat kuat.

Mama cuma harap supaya Humaira diberikan kesihatan tanpa penyakit. Dapat menikmati zaman kanak kanak macam kawan kawan sebaya Humaira.

Mama jadi sedih bila tengok Humaira kena main asing dari budak lain. Humaira tak boleh lasak. Nanti kena tolak. Humaira mesti jatuh. Humaira akan sakit.

Kalau pergi main di taman pun. Mesti kena main jauh dari budak lain. Humaira tengok dari jauh je kawan kawan main. Mama faham sangat.

Tapi mama tak sanggup tengok Humaira sakit. Cucuk sana sini. Biarlah Humaira. Sabarlah. Suatu hari nanti mesti Humaira dapat main dengan kawan lagi.

Suatu hari nanti. Ya suatu hari nanti kita sama sama akan faham kenapa kita mesti lalui semua ni.

#hanahumaira
#anaksyurga

6 comments:

  1. Kesiannya Humaira T^T tak apa,ada hikmah di sebalik sebuah dugaan ^^ stay strong Humaira!!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah..Humaira pasti kuat tempuhi semua ni. doakan supaya Humaira cepat sembuh ye 😊

      Delete
  2. alahai ciannya dia.. Moga cepat sembuh na..

    ReplyDelete