DIANA DAN KATERING?

Seminggu sebelum puasa, saya dapat mesej dari Diana. Beliau nak order makanan untuk dijamu pada pelajar tahfiz berbuka puasa (puasa sunat) dirumahnya.

Saya pun ambil order Diana, mula-mula sejenis menu, lepas tu bila dah bincang dengan Diana, terus Diana setuju untuk tambah order jadi empat jenis menu.

Pada hari kejadian, kami tengok memang meriah suasana di perkarangan majlis. Ada khemah dihias cantik, kerusi dan meja diatur rapi, makanan pelbagai jenis. Semuanya disediakan untuk menjamu para pelajar tahfiz berbuka puasa. Bukan tu sahaja, pada malam tu juga diadakan sesi tadarus 30juzuk al quran oleh adik-adik tahfiz yang berlangsung di kediaman Linda.

Subhanallah. Baiknya keluarga ini yang bermurah hati untuk membelanjakan sebahagian harta mereka untuk menjamu anak-anak tahfiz berbuka puasa. Mereka sekeluarga memang sudah menjadi antara pelanggan tetap kami sejak 2015 lagi. Keluarga yang baik dan pemurah. Sangat sempoi lagi peramah. Sangat senang berurusan dengan mereka. Semoga Allah merahmati Diana dan Linda sekeluarga.

Begitu kisah mereka. Kisah kita pula bagaimana? Ada terdetik perasaan mahu menaja anak2 tahfiz berbuka puasa? Kalau dah ada niat tu, cepat-cepat tunaikan. Sebab di saat Allah detikkan hati kita untuk berbuat kebaikan, itu tandanya Allah sayang sangat pada kita. Ayuh jadi pemberi. Kita kongsi rezeki. Sumpah tak rugi.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda ..

“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (HR. At Tirmidzi, beliau berkata, “Hadits Hasan Shahih”)

Ps- Diana dan Linda mana ni? Tengok gambar⬇. Kalau kenal abang ni, mesti kenal Diana dan Linda yang mana 😎

No comments:

Post a Comment