11 TIPS UNTUK RESEPI SAMBAL NASI LEMAK SEDAP

Kesedapan dan keenakan Nasi Lemak bergantung pada Nasi dan Sambalnya.

Bila nasi dan sambal cukup rasa, pasti memikat selera, sampai teringat-ingat. Begitu penangan nasi lemak terhadap penggemarnya. Jadi kali ni saya nak kongsi bagaimana nak menghasilkan sambal yang sedap dan yang penting tahan lama. Yes. Kalau kena caranya, sambal kita boleh maintain sedap lebih 3 hari. Betul ke betul? Betul!


1. Rebus cili kering biar betul-betul masak

Bila nak rebus cili, pastikan cili digunting secara  serong bagi memastikan butir-butir biji keluar ketika direbus. Ini bagi memastikan cili serta bijinya masak. Penting bagi mengelakkan daripada sakit perut selepas makan sambal. Sebab kenapa sesetengah orang akan sakit perut selepas makan sambal adalah kerana cilinya tidak cukup masak ketika direbus.

2. Kisar cili sampai hancur

Bagaimana nak pastikan cili hancur bila dikisar? Tambahkan minyak semasa kisar cili. Confirm biji cili tu hancur. Sambal akan kelihatan tak cantik bila biji cili kelihatan di dalam sambal. Nak makan pun takut pedas😆

3. Kisar bawang berasingan

Kisar bawang putih dan bawang merah berasingan. Jangan kisar sekaligus. Kisar biar sampai bawang betul-betul hancur. Kalau bawang tak hancur, sambal akan kelihatan berketul-ketul. Tekstur akan kelihatan tak cantik.

4. Guna minyak yang banyak

Untuk menumis, gunakan minyak yang banyak. Kalau guna minyak sikit, nanti sambal akan lambat masak dan rasanya pun tak sedap. Kalau tak percaya boleh cuba ☺

5. Tumis bawang satu persatu

Tumis bawang putih dahulu. Bila dah naik bau yang sedap, baru masukkan bawang besar. Biar bawang masak terlebih dahulu baru masukkan cili kering yang dah dikisar. Kalau masukkan cili kering dulu, sambal akan meletup-letup. Nak datang dekat pun takut.

6. Gunakan ikan bilis kalau taknak guna belacan

Bagi sesetengah orang yang tak makan belacan, boleh gantikan dengan ikan bilis. Kisar dan tumis sekali.

7. Campurkan gula putih dengan gula perang

Bila masukkan gula, jangan kacau terus. Biarkan gula cair dulu. Macam karamel. Baru kacau dan ratakan. Gula perang atau gula melaka akan menjadikan rasa dan rupa sambal cantik dan enak. Pasti.

8. Gantikan ajinamoto dengan serbuk perasa

Ada orang memang tak boleh makan ajinamoto. Pening muntah semua ada. Jadi boleh gantikan cik aji dengan serbuk perasa. Pasti tiada lagi pening kepala.

9. Guna garam kasar

Garam kasar akan menghasilkan rasa yang lebih baik berbanding garam halus. Sebab garam halus rasanya lebih pahit. Jangan takut guna garam kasar. Kalau takut terlebih bubuh, tumbuk atau kisar kering garam kasar.

10. Bancuh asam jawa pekat

Bila asam jawa dibancuh pekat, sambal akan rasa lebih ummph. Ini juga dapat mengelakkan sambal kita daripada berair. Sambal yang cair akan lebih mudah rosak dan basi.

11. Guna api perlahan

Mula-mula guna api kuat. Bila semua rasa dah cukup, dan sambal dah masak, perlahankan api. Jangan terus tutup api. Biarkan di atas dapur untuk seketika. Kacau sekali sekala. Bila sambal dah betul-betul masak, tutup api. Siap!

Kalau malas nak masak sambal sendiri, order je dengan Nasi Lemak dan Katering Nenek. Lagi senang.😄😄 01110763654 @ 0145965015

#nasilemakdankateringnenek

#sambalsedap

NASI LEMAK YANG BAIK PERLU PUNYAI SAMBAL YANG SEDAP

No comments:

Post a Comment